KERETA
Viva milik Puan Anita menyusur laju di atas jalan raya. Jalan pintas,
tak ramai sangat yang guna. Adila yang berada di sebelah senyap saja,
memerhatikan jalan raya yang tak berapa sesak itu. "Adila,
kenapa senyap je ni? Selalu mulut awak tu yang menyanyi tak
habis-habis." Puan Anita tersenyum melihat kerenah anak
bongsunya itu. Ada
tak kena la tu kalau senyap je.
Adila
hanya menggeleng. "Anak ibu ni tak sihat ke? Sejak dari pagi
tadi tau ibu tak dengar suara Adila." Puan Anita masih tidak
berpuas hati dengan gelengen anaknya itu.
"Ibu...
kenapa Adila takde ayah?"
Puan
Anita tersentak mendengar soalan itu. Air matanya bergenang. Namun
dia tahan juga. Dia perlu kuat. Dia masih ada anak-anak yang perlu
dijaga.
Puan
Anita menarik nafas panjang. "Adila... Adila bukannya takde
ayah. Adila ada ayah. Cuma ayah dah tinggalkan kita, sayang. Allah
lagi sayangkan ayah Adila. Adila faham, kan? So ibu nak Adila
sentiasa doakan ayah. Boleh?" Puan Anita mengukirkan senyuman
sambil menoleh anaknya yang berada di sebelah. Adila hanya
mengangguk.
"Tapi
cikgu BI Adila suruh tulis cerita pasal tajuk 'My Family'. Macam mana
Adila nak tulis pasal ayah?" Terluah juga soalan yang terbuku di
hati Adila sepanjang malam tadi. "Adila tak tulis pun pasal
ayah. Adila cuma tulis pasal ibu ngan abang je."
Puan
Anita tersenyum. Ni
mesti takut sebab tak siap kerja sekolah la tu. "Adila
terangkan jelah kat cikgu BI Adila tu. Insya-Allah, dia faham."
Adila mengangguk. Kali ni dia rasa bersemangat sikit hendak ke
sekolah.
"Eh,
ibu, ada orang kat tepi jalan la tu. Kenapa dia tahan kereta kita?"
Puan Anita melihat bibir jalan. Betul, ada seorang lelaki yang
menahan-nahan keretanya. Nampak
gaya macam kereta orang tu rosak.
Kereta
lelaki itu tersadai di tepi jalan. Kelihatan ada asap yang keluar
dari bahagian enjin kereta. Puan Anita memperlahankan keretanya lalu
memarkir di tepi jalan itu. Muka Adila tampak terkejut. "Ibu, tu
cikgu BI Adila..." Adila berbisik. Ibunya hanya mengangguk.
Takut la tu kalau-kalau cikgu BI dia terdengar, tu sebab sampai nak
berbisik tu.
Puan
Anita segera keluar dari kereta. Adila mengikut sama. "Ya encik,
ada apa-apa masalah ke?"
Lelaki
yang bergelar guru itu tersenyum, menaikkan ketampanan mukanya.
Mukanya putih. Berpakaian segak. Muda lagi, tapi nampak matang.
Kemungkinan umurnya dalam lingkungan 20-an. "A'ah. Kereta saya
ni meragam pulak. Hmm, puan ada tau mana-mana bengkel kereta yang
berdekatan tak?" Lelaki itu menggelar puan kerana kemungkinan
besar dia melihat Adila bersama-samanya.
Puan
Anita tidak pasti kerana kawasan itu merupakan jalan pintas, jauh
dari kesesakan bandar. Tak mungkin ada bengkel berdekatan sini. "Tak
pasti la pulak sebab kawasan ni pun jauh dari bandar, encik."
"Good
morning, sir." Adila tersenyum menampakkan giginya yang masih
tak penuh itu.
Lelaki
itu tampak terkejut lalu tersenyum. "Good morning, Adila. Saya
tak perasan awak pun tadi. Hmm, anak puan ke?"
Puan
Anita mengangguk. "A'ah. Adila kata encik ni cikgu BI dia. Saya
Puan Anita... dan encik?"
"Firdaus
Azman. Panggil je saya Firdaus." Firdaus tersenyum.
"Hmm,
macam ni jelah. Encik Firdaus boleh la naik kereta saya. Biar saya je
hantar encik ke sekolah. Lagi pun dah satu sekolah dengan anak saya,
kan, takde la susah mana nak hantar encik sekali. Sekali jalan je
pun. Nanti dalam perjalanan, kita cari la sekali bengkel kereta."
Firdaus
angguk. "Terima kasih, puan." Dia mengambil beg bimbitnya
dari dalam kereta dan segera mengunci keretanya.
AIDID
baru sahaja baring dalam biliknya. Telefon bimbitnya berbunyi. Ibu.
"Ye,
bu?"
"Abang,
tolong ambikkan adik kat sekolah. Ibu tak dapat nak ambik, busy
sangat hari ni. Boleh, eh?"
"Okey,
no hal. Assalamualaikum."
Puan
Anita membalas salam. Panggilan dimatikan. Aidid mencapai kunci
motosikalnya. Dua helmet diambil. Satu dipakainya, satu lagi
diletakkan pada bakul motosikal. Aidid menunggang motosikalnya dengan
kelajuan biasa. Bukan
nak ke mana pun, setakat ke sekolah je. Sampai
sahaja di hadapan pagar sekolah, Adila sedang berbual dengan seorang
lelaki. Aidid hanya menduga bahawa lelaki tersebut merupakan guru
Adila, memandangkan pakaian lelaki itu seperti seorang guru. Aidid
menghentikan motornya berdekatan dengan Adila.
"Okey
cikgu, abang saya dah sampai tu. Saya balik dulu." Firdaus hanya
mengangguk mendengar ulahan Adila.
"Hati-hati,
Adila," pesannya.
Aidid
senyum pada Firdaus. Dia segera berjabat tangan dengan Firdaus.
"Cikgu naik apa nak balik ni?" pantas sahaja mulutnya
bertanya. Yelah,
selalunya kenderaan guru parking kat dalam. Kat luar kawasan sekolah
ni pun, setakat kenderaan mak bapak budak sekolah ni je.
"Saya
balik naik teksi kot. Kereta masuk bengkel."
Adila
mengangguk. Dia segera menceritakan kejadian pagi tadi kepada Aidid.
Bermula dari dalam kereta sehinggalah mereka bertemu Firdaus di tepi
jalan. Aidid hanya menggeleng, kelakar melihat gelagat adiknya itu.
Firdaus hanya mampu tersenyum. Usai Adila memakai helmet serta
menaiki motosikal, Aidid meminta diri.
"Oh,
terima kasih kat ibu kamu berdua sebab tolong saya pagi tadi."
"Sama-sama,
cikgu. Kami pergi dulu. Bye..." Adila sedikit melaung. Aidid
menekan gear satu lalu memulas handle. Adila melambai-lambai ke arah
Firdaus. Firdaus hanya tersenyum sambil melambai balik.
*
* *
"FUH,
penat!" Fidaus menghempaskan badannya atas sofa. Zack di sebelah
sudah menjelingnya.
"Tak
dengar pun bunyi kereta kau."
Firdaus
menoleh pada Zack. "Aku balik naik teksi. Kereta aku buat hal
kat tengah jalan. Dah la tempat tu tak banyak orang. Nasib baik la
ada orang tolong. Dah selamat masuk klinik dah kereta aku tu."
Zack
ketawa mendengar penjelasan Firdaus. Nasib
kau la, Firdaus. "Kau
dah makan? Kat dapur tu ada makanan. Lepas balik sekolah tadi, sempat
la jugak aku singgah kedai makan, sebab aku tau, kau takkan beli
apa-apa makanan pun."
Zack
merupakan teman serumahnya. Zack juga merupakan seorang guru
praktikal Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah. Cuma mereka tak
berada di sekolah yang sama saja. Mereka dah kenal sejak dari zaman
maktab lagi. Kenyang lapar sama-sama. Sihat sakit sama-sama jaga.
Boleh katakan mereka bagaikan adik-beradik, dah boleh kenal perangai
masing-masing.
Pantas
saja Firdaus bangkit dari sofa untuk ke dapur. Perutnya dah
berkeroncong. Lapar
hoi! Kalau aku sakit nanti, siapa yang susah? Zack jugak yang susah.
"Terima
kasih, Zack!" laung Firdaus dari dapur.
Polisterin putih atas
meja diambil. Nasi berlauk ayam masak merah beserta kangkung masak
belacan. Zack
ni macam tau-tau je favourite aku. Eheh, memang dia dah tau pun.
Kalau tak tau, bukan sahabat sejati namanya. Doa
makan dibaca, nasi menerobos masuk mulut. Lazat.
PETANG
itu,
Anita keluar ke pasaraya untuk mencari barang dapur. Dia lebih suka
untuk pergi berseorangan. Kalau bawa Adila, mahu satu pasaraya dia
nak beli. Anita mengambil bakul. Satu tangan lain pun ingin mengambil
bakul yang sama. Hish,
tak nampak ke orang dah ambil bakul ni. Macam ada satu bakul je kat
supermarket ni. Anita
mengangkat mukanya. Eh,
macam kenal je mamat ni. Kejap. "Cikgu
Firdaus?"
"Puan
Anita?" Firdaus tersenyum. Anita hanya mengangguk. "Sorang
je ke? Adila tak ikut sekali?"
"Tak.
Saya dari pejabat, terus ke sini. Malas nak bawak Adila. Mau satu
supermarket ni dia minta nanti," mereka berdua tertawa. Firdaus
mempersilakan Anita masuk ke dalam pasaraya. Anita masuk, disusuli
Firdaus. "Oh, naik apa ke sini? Bukan ke kereta cikgu masuk
bengkel?"
Firdaus
melepaskan gelak. "Puan Anita panggil jelah saya Firdaus. Kita
bukan kat sekolah pun." Anita hanya angguk, mengiakan saja
permintaan Firdaus. "Saya ke sini naik motor housemate kejap.
Nak cari barang dapur." Anita angguk lagi. "Cari barang
dapur jugak ke?"
"A'ah.
Lagi pun barang dapur dah tinggal sikit." Keadaan mula janggal.
Apa
benda la aku nak borak ngan cikgu ni. Dah la nak jalan pun
sebelah-sebelah. Hish. "Macam
mana ek prestasi Adila tu kat dalam kelas?" Tanya
jelah apa-apa soalan, janji tak awkward.
Firdaus
hanya diam mencari kata. "Adila tu, bagus budaknya. Selalu
siapkan kerja sekolah yang saya bagi. Cuma kali ni, saya pelik sikit.
Saya ada suruh pelajar saya tulis pasal keluarga mereka, tapi Adila
cuma tulis pasal ibu ngan abang dia je. Boleh saya nak tau, kenapa
Adila tak tulis pasal ayah dia?"
Anita
hanya diam. Sos cili yang berada di rak sebelahnya diambil lalu
dimasukkan ke dalam bakul. "Cikgu, ayah Adila dah lama pergi
tinggalkan kami. Ayah Adila dah... meninggal dunia." Air matanya
ditahan supaya tak jatuh berlinangan.
Riak
muka Firdaus tampak terkejut. "Maaf, puan. Saya... betul-betul
minta maaf."
Anita
menggeleng. "Takpe," dia tersenyum, walaupun senyumannya
nampak sangat dipaksa. Firdaus hanya membalas senyuman Anita. Dia
malas hendak bertanya lebih lanjut lagi tentang perihal keluarga
Anita.
"Hmm,
okey la, saya nak cari barang dapur kat sana tu. Saya minta diri
dulu," ujar Firdaus. Anita hanya tersenyum lalu mengangguk.
Firdaus mengarahkan kakinya ke sebelah kanan, manakala Anita
mengarahkan kakinya ke sebelah kiri. "Puan."
"Ya?"
Anita berpusing untuk menghadap Firdaus yang datang mendekatinya.
"Boleh
saya minta nombor telefon puan?"
Bersambung...
No comments:
Post a Comment