AIDID
menuruni tangga sambil menenyeh mata yang masih ada sisa kantuk. Bau
nasi goreng kampung masakan ibunya sudah menusuk-nusuk masuk ke dalam
hidungnya. Selera makannya memuncak setelah melihat nasi goreng
kampung tersebut yang masih berasap. Puan Anita, ibunya dan Adila,
adiknya sudah duduk di kerusi masing-masing.
"Abang,
meh makan," ajak ibu dengan suaranya yang lembut itu.
Aidid
dapat mengesan muka adiknya yang monyok. "Tu dah apsal panjang
sangat mulut tu? Nak abang potong ke?" sakatnya. Bibir Adila
makin muncung setelah disakat abangnya.
"Sudah-sudah
la tu kamu sakat adik. Dah, cepat makan. Ibu dah nak hantar si Adila
pergi sekolah tu." Adila mencapai gelas susunya lalu diteguk
sekali. Susu sejuk, bukan susu panas pun. Dia segera bangun dari
tempat duduknya setelah meletakkan gelas susu tersebut di atas meja.
Pantas kakinya menghala ke tingkat atas. Ibu hanya menggeleng. "Adik
kamu, tau-tau jelah. Mana boleh kalau takde roti bakar. Kejap, ibu
nak siapkan roti bakar adik kamu. Kamu makan la nasi goreng tu."
Aidid
hanya mengangguk lalu mengambil tempat duduknya. Dia dah faham sangat
dah dengan perangai Adila. Setiap pagi mesti nak makan roti bakar.
Bajet-bajet western je tu.
Tengok
macam aku, melayu tulen. Perut pun tak kisah. Nasi goreng ke, mee
goreng ke, roti canai ke, nasi lemak ke, janji makanan, janji
sarapan, janji perut terisi.
Dia
mencedok nasi goreng kampung ke atas pinggan. Doa makan dibaca, air
teh pembuka selera. Sekali suap nasi goreng kampung itu,
kenikmatannya sudah terasa. Masakan ibu, tak ada siapa boleh tanding.
"Sedapnya
kamu makan..." Aidid tersentak. Suara tu... dia mengangkat
mukanya untuk melihat sekeliling. Tak ada. Pantas saja air matanya
mengalir. Suara tu, suara yang paling dia rindui. Suara arwah ayah.
5
tahun lepas...
"SEDAPNYA
kamu
makan..." Adnan, ayahnya, membetulkan tali leher sambil
tersenyum melihat gelagat Aidid yang begitu enak menikmati masakan
ibunya. Dia duduk sebelah Aidid. Ibu sedang mendukung Adila yang baru
saja mencecah 3 tahun. Menangis tak sudah. Aidid baru saja mencecah
umur 13 tahun. Hari pertamanya memasuki sekolah menengah.
"Macam
mana anak ayah ni? Dah ready nak jadi budak sekolah menengah?"
Aidid
tidak menjawab. Dia hanya tersengih.
Entah la, macam excited nak masuk sekolah menengah pun ada, takut pun
ada. Dah la jadi junior. Hish, harap-harap takde la kes buli.
Kata-kata
itu hanya terluah dalam hati saja. Dia terus menikmati masakan
ibunya, nasi goreng kampung. Ayahnya jugak sama menikmati. Suasana
menjadi tenang setelah adik tidur. Ibu duduk berhadapan ayah dan
Aidid.
"Hmm,
anak ibu ni, dah besar dah. Tak sangka, kan bang?" ibu tersenyum
sambil mencedok nasi goreng ke atas pinggannya. Ayah hanya tersenyum.
Suasana tenang. Hanya bunyi sudu bertemu pinggan. Hanya bunyi kipas
yang berpusing. Ayah bangun dari tempat duduknya apabila sudah
selesai. Dia membawa pinggan ke sinki. "Abang, takpe la. Ani
boleh buat."
"Takpe
la, bukannya susah sangat pun nak bawa pinggan ni ke sinki."
Ayah berlalu pergi. Ibu hanya menggeleng.
"Dah,
pergi basuh tangan, lepas tu ambil beg kat atas. Pinggan tu tinggal
kat situ je. Nanti ibu bawa. Cepat, dah nak masuk waktu sekolah tu."
Aidid hanya mengangguk. Dia mengikut apa saja cakap ibunya. Selesai
sahaja dia turun mengambil beg, dia menyalami ibunya. "Belajar
baik-baik." Aidid angguk.
Ayah
yang menghantarnya ke sekolah pagi itu. Tiada perbualan yang berlaku.
Hanya suara deejay dan juga lagu yang menemani mereka sepanjang
perjalanan ke sekolah. Ayah memberhentikan keretanya berdekatan pagar
sekolah. Aidid menyalami tangan ayahnya.
"Aidid."
"Ya?"
"Belajar
baik-baik, ye nak? Banggakan ayah dengan ibu. Nanti dah besar, boleh
kamu jaga ibu dan adik kamu. Ayah nak tengok anak ayah ni berjaya.
Faham?" Ada sinar di mata ayah. Sinar harapan dari seorang bapa
pada anaknya. Aidid hanya tersenyum dan mengangguk.
"Insya-Allah."
Dan
itulah kata-kata terakhir ayah kepadanya. Ayah telah mengalami
kemalangan - langgar lari. Ayah cedera teruk dan beliau menghembuskan
nafas terakhirnya di tempat kejadian. Walaupun ayah mengalami
kemalangan langgar lari, mereka sekeluarga tak pernah wujud perasaan
dendam pada orang yang melanggar ayah. Mereka redha akan takdir-Nya.
Semoga arwah ayah dicucuri rahmat. Amin...
"ABANG,
mengelamun
apa tu?" Ibu sudah tersenyum di hadapannya. Adila sudah berada
di muka pintu, sedang memakai kasutnya. Pantas saja Aidid menyeka air
matanya yang mengalir.
Aidid
menggeleng. "Mana ada mengelamun."
Ibunya
tahu, Aidid tak akan mengalirkan air matanya kalau dia tak
teringatkan arwah ayahnya. Ibunya masak sangat dengan perangai Aidid.
"Aidid, ibu pergi hantar adik dulu, lepas tu ibu terus pergi ke
pejabat. Kamu jaga rumah, ya?"
Aidid
angguk. "Baik-baik bawa kereta, bu."
(Testing...)
No comments:
Post a Comment